Setiausaha ker
Sebelum ini, beliau berkata pelajar yang mendapat CGPA 3.5 dan ke atas secara automatik pinjaman mereka akan ditukar kepada biasiswa.
Bagaimanapun untuk menggalakkan pelajar bersaing secara sihat dan mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka, kerajaan negeri mengambil keputusan menaikkan CGPA kepad
a 3.75 ke atas."Tahun ini seramai 168 orang mendapat ijazah kelas pertama dengan memperolehi CGPA 3.5 ke atas, maka dengan kenaikan itu amat bersesuaian dengan penghargaan yang diterima mereka.
"Selain itu ia juga bertujuan menyelaraskan syarat penganugerahan pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama di IPT di seluruh negara yang berbeza di antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) YT di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Pemangku Pengarah YT Zakaria Yusof.
Mazlan berkata YT amat berpuas hati dengan kutipan bayaran balik pinjaman pelajaran yang dikeluarkan kepada pelajar sebelum ini dengan memperolehi kutipan tertinggi sebanyak RM12 juta tahun ini.
"Kutipan yang diterima untuk tahun ini meningkat sebanyak 25 peratus dan ini membuktikan pelajar menunaikan tanggungjawab selepas menamatkan pengajian mereka," katanya.
Sementara itu Zakaria berkata seramai 28 orang pegawai dan kakitangan YT menerima hadiah APC yang berupa wang tunai RM1,000 dan sijil perkhidmatan cemerlang.
No comments:
Post a Comment