Monday, November 21, 2011

Dua Anak Syarikat Risda Keluar Zakat RM267,377 Kepada Maidam

Dua anak syarikat Risda -- ESPEK Sdn Berhad dan Espek Livestock Sdn Berhad semalam menyampaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjumlah RM267,377.

Pengurus Besar ESPEK Sdn Berhad Datuk Kamaruddin Mohamed Shah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 206,234.81 zakat dikeluarkan daripada hasil keuntungan bagi tahun kewangan 2008 dan 2009 yang diperolehi ESPEK Sdn Berhad.

"Manakala RM61,142.71 adalah zakat hasil daripada keuntungan Espek Livestsock Sdn Berhad," katanya selepas menyampaikan wang zakat berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Wan Harunjan Sulaiman sempena program pelancaran gerakan membaja peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.

Kamaruddin berkata, ESPEK Sdn Berhad menguruskan ladang-ladang Risda seluas 47,000 hektar di Semenanjung dan daripada jumlah itu sebanyak 17,000 hektar di Terengganu.

Katanya, zakat Espek Livestock pula adalah hasil keuntungan daripada 9,000 ekor lembu yang diternak di ladang-ladang di negeri ini.

No comments:

Post a Comment