
Ekspedisi selama 33 hari yang akan bermula pada 17 Nov itu dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah Besut dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan negeri dan Kedutaan Malaysia di negara-negara yang dilawati.
Ketua Ekspedisi, Mohd. Zaharani Omar berkata, negara yang akan dilawati ialah United Kingdom, Turki, Mesir dan Jordan.
Katanya, pelajar yang dipilih menyertai ekspedisi yang pertama kali diadakan itu terdiri dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Wataniah, SMK Agama Nurul Ittifaq, SMK Tengku Mahmud dan SMK Seri Nering di samping dua jurugambar.
Ekspedisi itu bertujuan mengantarabangsakan pelajar melalui situasi pengembaraan di samping meningkatkan kualiti diri serta menghayati perjuangan umat terdahulu selain merealisasikan daerah Besut sebagai Bumi Ulul Albab, katanya kepada pemberita di Besut, semalam.'
Beliau berkata kesemua peserta ekspedisi kini giat menjalani latihan ketahanan diri bagi memastikan mereka bersedia untuk menghadapi pengembaraan itu.
No comments:
Post a Comment