Kira-kira 82 peratus lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di negara ini mendapat pekerjaan selepas tamat latihan.
Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Saari Salleh berkata, setiap tahun IKBN melatih sekurang-kurangnya 13,000 belia melalui 20 IKBN di seluruh negara.
"Jumlah yang tidak bekerja sedikit sahaja, mereka mungkin ikut suami atau bekerja dalam sektor lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis Gerbang Kerja dan Hari Bertemu Pelanggan di IKBN Wakaf Tapai di Marang, semalam.
Saari berkata, peluang pekerjaan untuk belia di negara ini amat luas, tetapi golongan itu harus berani berhijrah untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan selepas tamat latihan di IKBN.
Sementara itu, Mohd. Bakri berkata, 13 syarikat dari Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) dengan IKBN Wakaf Tapai hari ini dalam menyediakan ruang pekerjaan kepada pelajar-pelajar IKBN.
No comments:
Post a Comment