Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu mulai Isnin hingga Khamis depan, yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Menurut Jabatan Mateorologi Malaysia, keadaan itu dijangka berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah di Kelantan dan Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu.
Keadaan itu juga diramalkan berlaku di Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis dan Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi di Kedah bermula Selasa hingga Khamis depan, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5m yang dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur mulai Isnin hingga 29 Nov depan.
Amaran itu juga dikeluarkan bagi kawasan di Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Labuan, Samui, Ref North, Layang-layang, Tioman, Bungguran, Reef South dan Palawan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
No comments:
Post a Comment