Sunday, November 27, 2011

Jelajah Terengganu Persiapan TSG Hadapi LTdL

Acara berbasikal Jelajah Terengganu selama seminggu yang berakhir semalam menjadi medan latihan pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menghadapi kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada Februari depan.

Pelumba pasukan itu, Anuar Manan berkata dua daripada tujuh laluan di Jelajah Terengganu turut menjadi lalun LTdL kelak.

Dua laluan itu ialah Kemasik-Kuala Terengganu dan Pengkalan Gawi-Kuala Terengganu.

"Seperti kejohanan hari ini (semalam), ia sangat mencabar kerana berlangsung ketika hujan dan ada jalan-jalan yang dilalui licin, berlubang serta berlopak menyebabkan ada tayar basikal yang pancit.

"Saya juga terjatuh kerana tidak sempat mengelak apabila rakan di depan tergelincir melanggar lubang," katanya.

Anuar yang menjuarai tiga daripada tujuh laluan Jelajah Terengganu berkata beliau dan rakan-rakan dalam TSG sedang giat menjalani latihan bagi menghadapi LTdL, termasuk mendaki bukit di Genting Highlands.

No comments:

Post a Comment