Monday, November 14, 2011

Kejohanan Perahu Layar KFC-Terengganu 2011 Menarik 100 Pelayar

Dengan Piala Monsun hanya tinggal seminggu sahaja lagi, persediaan sedang dijalankan untuk mengalu-alukan kedatangan pelumba terbaik dunia ke Pulau Duyong, di mana Juara Dunia Match Racing yang baru ISAF akan ditentukan pada 22-27 November 2011.

Serentak dengan ini, Terengganu Sailing Association (TESA) juga sibuk membuat persiapan untuk Regatta KFC Terengganu Open 2011.

Regatta KFC-Terbuka Terengganu 2011 adalah kejohanan peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 17 20 November 2011 di perairan Kuala Terengganu, di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa.

Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) sedang bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan, Terengganu bagi memastikan kejayaan perlumbaan ini.

No comments:

Post a Comment