K

“Kedudukan terakhir kutipan zakat Maidam seluruh negeri sehingga Oktober 2011 adalah RM 68.7 juta meningkat RM10 juta berbanding tempoh sama tahun lalu RM 58.1 juta,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.
Katanya, berasaskan jumlah kutipan tahun lalu yang berjumlah RM 76 juta, pihaknya menganggarkan kutipan pada tahun ini meningkat kepada RM80 juta, tetapi memandangkan peningkatan yang begitu mendadak setakat ini Maidam mengjangkakan kutipan zakat lebih tinggi.
Berdasarkan pengalaman lalu, katanya, Maidam berjaya membuat kutipan RM15 juta pada bulan Disember dan tahun ini kita yakin boleh capai jumlah berkenaan namun ianya bergantung kepada pembayar zakat.
Dalam perkembangan lain, Maidam telah menerima zakat perniagaan dari PTB Unit Trust Berhad berjumlah RM188,193.85 yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pengarahnya Datuk Haji Muhatar Abdullah.
Maidam turut menerima zakat perniagaan daripada Malaysia Building Society Berhad iaitu anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM5,716 yang disampaikan oleh Ketua Wilayah Timur, Zamzuri Izani Abu Hassan.
Teganukita
No comments:
Post a Comment