Monday, November 14, 2011

Pesakit, Kakitangan Gempar Sangka Hospitalk HSNZ Terbakar

Pesakit dibawa keluar dari bangunan hospital apabila asap tebal muncul di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.

Pesakit, kakitangan dan orang ramai di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini gempar apabila hospital berkenaan diselubungi asap tebal selama kira-kira 30 minit semalam.

Kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 4 petang menyebabkan semua yang berada di dalam hospital berkenaan diarah keluar.

Seorang pengunjung hospital, Wan Hamidah Harun, 65, memberitahu, dia datang ke HSNZ untuk melawat anaknya yang baru sedar daripada koma akibat kemalangan jalan raya.

"Sewaktu di dalam wad, tiba-tiba asap tebal muncul dan jururawat arahkan saya segera bawa anak keluar dari bangunan hospital," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu semalam.

Jelasnya, selepas turun dari bangunan hospital berkenaan, barulah dia tahu bahawa asap tebal itu datang dari bangunan baharu yang sedang dibina terletak bersebelahan hospital itu.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment