Daerah Besut mendominasi dua kemenangan apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud 2, (kategori SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut (kategori SK) muncul johan dalam Pertandingan Kebersihan Kawasan Sekolah (KKKS) Peringkat Negeri Terengganu 2011.
Dengan kemenangan itu, kedua-dua sekolah berkenaan masing-masing menerima wang tunai RM5,000, plak dan sijil penghargaan.
Tempat kedua dimenangi SMK Lembah Bidong, Setiu dan SMK Tun Telanai, Marang (ketiga) manakala kategori sekolah rendah dimenangi SK Seri Bandi Kemaman (kedua) dan SK Batu 3, Dungun (ketiga).
Tempat kedua membawa pulang wang tunai RMRM3,000 dan RM2,000 (ketiga) beserta plak dan sijil penghargaan.
Pertandingan KKKS adalah antara 14 kategori yang pertandingan sebagai altenatif strategik merialisasikan agenda kebersihan kerajaan dengan tema ‘Negeri Bersih Rakyat Sihat’ yang membabitkan semua sekolah di seluruh negeri.
Sementara itu SMK Padang Midin, Kuala Terengganu muncul johan dalam Pertandingan Mural dan SK Rantau Petronas johan kategori sekolah rendah dan masing-masing menerima wang tunai RM2,000, plak dan sijil penghargaan.
SMK Seri Bandi Kemaman dan SK Bukit Payong, Marang memenangi pertandingan kain rentang dan menerima wang tunai RM500, plak dan sijil.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dalam majlis yang diadakan di Wisma Darul Iman semalam.
Teganukita
No comments:
Post a Comment