Thursday, November 17, 2011

Seramai 42 Lelaki Ditahan Dalam Ops Tapis Bersepadu Di Besut

Seramai 42 lelaki berusia lingkungan 15 hingga 49 tahun ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kontijen Terengganu di sekitar daerah ini sejak 1 pagi hingga 9 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata antara yang ditahan dalam operasi dari rumah ke rumah itu termasuk dua penjawat awam dan seorang pelajar sekolah menengah.

"Kedua-dua kakitangan kerajaan itu berumur 25 dan 31 tahun, salah seorang pernah ditahan atas kesalahan melibatkan dadah kira-kira sebulan lalu," katanya kepada pemberita di Besut, semalam

Beliau berkata dalam operasi itu, polis juga berjaya merampas 88 biji dadah jenis Methamphetamine (pil kuda) bernilai RM2,640 daripada dua suspek.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya iaitu mengedar dadah manakala 40 lagi mengikut Seksyen 15(1A) akta sama kerana positif dadah.

Kamaruddin berkata pihaknya mendapatkan perintah tahanan reman bermula hari ini bagi kesemua suspek untuk membolehkan mereka membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment