Sunday, November 20, 2011

Terengganu Antara Empat Negeri Guna AFWS Tahun Depan

Terengganu adalah antara empat negeri yang diperuntukkan dengan Sistem Amaran Banjir Atmosfera (AFWS) baru yang boleh mengesan banjir dua hari lebih awal, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata sistem baru itu yang akan juga digunakan di Pahang, Johor dan Sarawak, hanya boleh dilaksanakan pada tahun depan.

"AFWS ialah satu sistem ramalan banjir yang tepat yang memberikan maklumat mengenai kandungan awan dan jumlah taburan hujan.

"Dengan sistem itu, kita boleh menyiapkan diri kita dengan sebarang kemungkinan kerana ia sangat tepat dalam memberikan maklumat mengenai kandungan awan dan hujan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Foto-Kewartawanan Persatuan Wartwan Komanwel (CJA) cawangan Sarawak di Kuching.

Turut hadir pengerusi CJA Sarawak, Caroline Jackson.

Mengenai persediaan kerajaan menghadapi banjir pada musim monsun akan datang, beliau berkata semua negeri mempunyai jawatankuasa pengurusan banjir sendiri bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat tepat mengenai keadaan terkini banjir.

Mengenai persediaan di Sarawak, Uggah berkata ia diuruskan dengan baik bersama dengan agensi-agensi berkaitan semasa banjir. Beliau berkata Jabatan Meteorologi meramalkan bahawa Sarawak mungkin mengalami banjir pada pertengahan bulan depan

No comments:

Post a Comment