Seramai 16 pelumba basikal Terengganu dipertaruhkan untuk menggalas harapan memburu tempat pada Kejohanan GP Kebangsaan di Muar, Johor pada 31 Disember ini, kata Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu.
Jurulatihnya, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, tersenarai enam pelumba wanita, empat pelumba lelaki dan enam pelumba kategori junior.
Katanya, peserta akan bertolak ke Muar pada 27 Disember ini dengan kayuhan basikal pergi dan balik sejauh kira-kira 800 kilometer.
“Selain latihan untuk ke Sukma 2012, kayuhan itu sebagai latihan dan persediaan menghadapi kejohanan itu,” katanya semalam.
Tambah Syed Mohd Hussaini, selain Pahang yang bakal member saingan sengit sebagai tuan rumah, turut menjadi cabaran kepada Terengganu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Johor.
Katanya, Terengganu dijangka menghantar 12 pelumba lelaki dan 12 pelumba wanita untuk menyertai kejohanan lumba basikal Sukma tahun depan.
“Muka lama bakal beraksi tahun depan di Sukma 2012 ialah Adiq Husaini, Sofian Nabil Omar, Khairul Azizi, Mohd Zulhimi Hafiz, Nor Amirul Fakaruddin Marzuki dan Mohd Fahmi Irfan Zailani,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment