Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negeri ini oleh Kerajaan Terengganu akan dmula diagihkan minggu depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sejumlah RM12 juta diperuntukkan dengan melibatkan kira-kira 120,000 yang layak mendapat bantuan tersebut dengan maksimum dua pelajar bagi satu keluarga.
“Bantuan tersebut diberikan dalam bentuk wang tunai bertujuan membeli pakaian sekolah pelajar,” katanya.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas menyaksikan majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Tati, Petmal Oil Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Perlis di Wisma Darul Iman hari ini.
Katanya, ibu bapa berpendapatan RM1,500 ke bawah, layak menerima sumbangan tersebut.
“Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga akan mendapat bantuan maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 bagi setiap keluarga,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment