Seorang lelaki dikenali sebagai 'Bayi' yang aktif mengedar dadah di sekitar daerah ini sejak dua tahun lalu berjaya ditahan polis, baru-baru ini.
Suspek yang berusia 25 tahun ditahan di sebuah rumah yang dijadikan markas kegiatannya di Kampung Buloh dekat Hulu Terengganu, Sabtu lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, suspek ditahan bersama 89 biji pil kuda oleh anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini kira-kira pukul 3.50 pagi.
Katanya, ketika serbuan, suspek baru sahaja keluar dari rumah dan berlaku pergelutan antara lelaki itu dan anggota polis.
"Dia bagaimanapun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa peket pil kuda yang diletakkan dalam bekas gula-gula penyegar nafas di dalam poket seluarnya," katanya ketika ditemui di IPD Hulu Terengganu semalam.
No comments:
Post a Comment