Sunday, December 4, 2011

Bnk Rakyat Akan Buka Cawangan di Kertah, 10 Cawangan Lain

KamaruzamAN Che Mat (kanan) beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak ketika Karnival Bank Rakyat-Moh Yob Ke Karnival di Ipoh, Perak, semalam.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) bakal membuka 11 lagi cawangan menjelang suku pertama tahun depan dalam usaha memperluaskan perkhidmatannya kepada rakyat di seluruh negara.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, cawangan-cawangan berkenaan akan dibuka di Permai Jaya dan Serian di Sarawak; Pendang (Kedah); Bentong dan Kuala Lipis (Pahang); Nusajaya (Johor), Kuala Krai (Kelantan), Kerteh (Terengganu) dan Kota Marudu, Putatan serta Semporna di Sabah.

"Dua cawangan iaitu di Permai Jaya dan Pendang akan dibuka pada bulan ini manakala sembilan lagi cawangan dijangka dibuka antara Januari hingga Mac depan," katanya di Ipoh, semalam.

Karnival dua hari yang berakhir esok itu menawarkan pelbagai program menarik termasuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM10,000.

Dalam pada itu, Kamaruzaman memberitahu, Karnival Bank Rakyat kali ini merupakan yang kelima dan terakhir pada tahun ini, selepas diadakan di Melaka, Sungai Petani di Kedah, Kuala Terengganu (Terengganu) dan Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, sejak pertama kali dianjurkan pada 2008, karnival tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 150,000 pengunjung dan jika mendapat sambutan hebat, ia akan diteruskan tahun depan.

Terdahulu, pada karnival tersebut, Kamaruzaman menyampaikan wang zakat Bank Rakyat berjumlah RM28,400 kepada 284 pelajar.

Mereka termasuk 40 pelajar Baitul Mubaroqah yang keseluruhannya menerima RM4,000 serta 66 murid Sekolah Kebangsaan Sungai Raya yang menerima RM6,600 dan seramai 178 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Pinji Mewah sebanyak RM17,800.

No comments:

Post a Comment