Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga malam ini, yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan itu akan berlaku di Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang di Kelantan.
Keadaan sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Maran di Pahang, kata jabatan itu dalam kenyataan di Kuala LUmpur.
No comments:
Post a Comment