
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, siasatan tersebut dijalankan dengan kerjasama Kementerian Luar selain beberapa agensi lain yang berkaitan dan juga pihak berkuasa negara terlibat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.
Beliau memberitahu, siasatan tersebut penting bagi memastikan kesahihan laporan mengenai perkahwinan pelajar berkenaan yang mengejutkan banyak pihak selain menggemparkan negara.
"Kita sedang siasat perkara ini dan nak tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi lelaki berkenaan.

Ketika diminta mengulas tentang perkahwinan lelaki tersebut, Othman berkata, buat masa ini, pihaknya belum menerima maklumat terbaru mengenai lelaki berkenaan, namun beliau yakin ia akan dapat diperoleh dalam waktu terdekat.
Beliau turut mengakui menghadapi kesukaran untuk menangani masalah itu termasuk membawa balik lelaki terbabit ke Malaysia kerana ia terletak di bawah bidang kuasa dan perundangan negara lain.
"Kita perlu hormati undang-undang negara lain, sebab itulah kita kena bekerjasama dengan banyak pihak termasuk pihak berkuasa negara yang berkenaan berhubung isu ini," ujarnya.
No comments:
Post a Comment