Perairan Sabah, Sarawak, Labuan dan Pantai Timur Semenanjung dijangka bergelora berikutan Lekukan Tropika yang dikesan kira-kira 549 kilometer Barat Laut Labuan petang semalam.
Keadaan itu boleh mengakibatkan ribut petir dan angin kencang.
"Lekukan Tropika, yang dikesan pada 2 petang ini (semalam), dijangka bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 20 kilometer sejam," katanya.
Pada masa sama, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter berlaku di perairan Kelantan, Terengganu,
Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Tebing Utara, Layang-Layang serta Palawan yang dijangka berterusan hingga 29 Dis ini," menurut kenyataan itu.
Jabatan itu berkata kawasan pantai di Pantai Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak," katanya.
Menurut jabatan itu, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah Utara, Sandakan, Phuket dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Di Sarawak, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berterusan sehingga Jumaat ini dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Keadaan sama diramal berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor.
No comments:
Post a Comment