Graduan Kolej Universiti Tati (Tatiuc) berpeluang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Dublin, Ireland (UCD) dengan termeterainya perjanjian (MoA) antara kedua-dua kolej universiti itu pada 18 November lalu.
Ia seiring dengan tujuan MoA yang bermatlamat meningkatkan hubungan Tatiuc dan UCD dalam bidang akademik.
Perjanjian itu akan membuka ruang kepada graduan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Pembuatan dan Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND).
Malah, Rektor Tatiuc, Dr Mohd Rozailan Mamat @ Ibrahim berkata, graduan Tatiuc juga bakal mendapat faedah dari segi yuran perbelanjaan pengajian.
“Pihak UCD bersetuju untuk memberi pengurangan yuran pengajian kepada pelajar Tatiuc sebanyak 40 hingga 60 peratus,” katanya.
Pada majlis menandatangani perjanjian tersebut Tatiuc diwakili pengerusinya, Ahmad Razif Abd Rahman dan Mohd Rozailan sementara UCD diwakili pendaftarnya, Profesor Mark Rogers.
No comments:
Post a Comment