Friday, December 9, 2011
Ahmad Said Nafi Giant Tidak Bayar Sewa
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyangkal dakwaan bahawa pasar raya besar Giant di Bandar Baru Kijal, Kemaman tidak mampu membayar sewa dan mempunyai tunggakan hutang yang tinggi.
Malah, beliau yang juga Adun Kijal itu menyatakan ia adalah satu andaian pembohongan oleh pihak pembangkang.
Menurutnya, Giant merupakan satu pasar raya besar bertaraf antarabangsa dan sebelum membuka cawa-ngannya di situ, kajian pasa-ran dibuat.
“Betullah Kijal ada 20,000 orang tetapi Kemaman secara keseluruhannya mempunyai 150,000 orang penduduk dan mempunyai potensi masa depannya.
Bukannya macam pasar malam. “Ini masalah yang memalukan kerana dakwaan syarikat bertaraf antarabangsa berhutang. Macam mana pelabur asing dan luar nak datang kalau sentiasa diperlekehkan. Ini tidak betul, kita ada rekod. Sewa terakhir pada bulan 11, telah dibayar pada 3 November lalu, melalui cek RHB Bank,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada ketika menjawab soa-lan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dun Ke-12 di Wisma Darul Iman diKuala Terengganu, kelmarin.
Dalam soalannya, Mohd Abdul Wahid bertanya jumlah tunggakan sewa pasar raya Giant di Bandar Baru Kijal dan turut melahirkan rasa curiga kerana ada dakwaan wujud masalah untuk membayar sewa.
Jelas Ahmad lagi, pihaknya mempunyai rekod bahawa nilai jualan pasar raya itu adalah RM500,000 sehari.
“Tidak perlu bimbang kerana kita akan jadikan kawasan itu sebagai hub tekstil dan menjadikannya sehebat Nilai 3 dan Segamat. Sebabnya, ramai orang Terengganu dan Kelantan yang suka membeli pakaian.
“Sebab itu Giant dibuat sebagai nukleus, iaitu tarikan bagi Bandar Baju Kijal. Selepas ini, kita nak buat hotel dan perumahan di tanah seluas 40 hektar di kawasan berhampiran Giant. Hospital baru juga akan dibuat di Kijal, bernilai RM500 juta di atas tanah seluas 20 hektar,” katanya.
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) dalam soalan tambahannya, melahirkan kebimbangan sekiranya projek tersebut tidak berjalan sekiranya pemerintahan bertukar.
Ahmad yang kelihatan serius menjawab, itu adalah andaian tidak berasas.
“Kita terserah pada takdir, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Apabila wakil Besut menjadi Menteri Besar, dia majukan Besut dan wujudkan Taman Ilmu dan sebagainya dan kita teruskannya dan siapkan.
“Kita mesti ada dan kelebihan mesti juga diberi pada kawasan sendiri, takkan kita nak abaikan. Nanti orang kata ‘dok rok cetong’. Sebab itu kita buat rancangan dan teruskan. Andai kata orang lain pula (menjadi MB), kita redha. Itu rezeki dia tapi projek mesti dijalankan,” katanya.
Katanya, banyak benda lagi yang perlu dibuat, antaranya ialah hotel dan sekolah integriti di kawasan itu dan ia merupakan satu-satunya bandar baru yang diwujudkan sejak puluhan tahun lalu.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment