Usaha mempromosikan Tasik Kenyir sebagai lokasi bagi pelbagai kegiatan sukan pelancongan bersesuaian dengan keadaan alamnya akan terus dipertingkatkan.
Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud berkata, penganjurannya boleh dijayakan sepanjang tahun termasuk pada musim tengkujuh.
Katanya, ini kerana sukan pelancongan lazimnya dikaitkan dengan aktiviti lasak seperti Kejohanan Kenyir Motocross Monsoon Challenge 2011 dan ia dapat membantu mempelbagai daya tarikan di Kenyir.
"Kejohanan motocross merupakan kali kelima diadakan di sini dengan sambutan memberangsangkan daripada peminat sukan itu dari Jerman, Thailand dan Malaysia," katanya pada majlis penutup kejohanan itu baru-baru ini.
Kejohanan selama dua hari itu diadakan dalam sembilan kategori melibatkan 170 peserta dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM40,000, piala serta hadiah sampingan yang lain.
Peserta dari Jerman, Daniel Sediak muncul juara bagi kategori Expert dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta hadiah sampingan yang lain.
Kategori Novice A dimenangi Mohd. Izat Azwan (RM1,500), kategori Novice B - Sharum Nizam Mohd. Nazri (RM1,000), kategori Junior - Mohd. Izuddin Zulkifli (RM1,000) dan kategori Endurance Open - Looi Son Kim (RM1,000).
Kategori Endurance Veteran pula dimenangi Mohd. Jefri Abdullah (RM1,000), kategori Cub Cross 4T - Azwadi Mohamad (RM1,000), kategori Cub Cross 2T - Mohd. Hassan Wahab (RM1,000) dan kategori Cub Cross (Terengganu) - Mohd. Abdul Salam (RM1,000).
No comments:
Post a Comment