Sebanyak sembilan kategori termasuk lapan kategori individu bakal menjadi rebutan 540 pertubuhan belia berdaftar dengan 35,000 keahlian di seluruh negeri bersempena majlis Anugerah Belia Negara (ABN) peringkat negeri yang akan berlangsung di Primula Beach Resort hari ini.
Pegawai Pembangunan Sosial Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan negeri, Fikri Mahmud berkata, lapan kategori individu yang dipertandingan itu melibatkan Aktivis Sosial, Kepimpinan, Inovasi dan Kreativiti , Usahawan Agro dan Usahawan.
“Manakala kategori individu lain yang turut dipertandingkan ialah Daya Juang Malaysia Boleh, Tokoh Belia Lelaki dan Tokoh Belia Wanita,” katanya.
Katanya, kira-kira RM34,000 hadiah wang tunai disediakan untuk pemenang ABN tahun ini.
Tambahnya, kategori individu masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan manakala kateogri persatuan belia akan menerima wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan.
Menurut Fikri, anugerah tersebut merupakan program tahunan sebagai menghargai jasa dan sumbangan persatuan serta individu yang banyak membantu dalam meningkatkan pembangunan belia di peringkat negeri khasnya dan negara amnya.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dijangka merasmikan majlis tersebut serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.
No comments:
Post a Comment