Pengarah U

"Dalam tempoh dua tahun penugasannya, Unit Pengeluar

Selain itu, dua lanjutan tempoh, setiap satu selama setahun, juga ditawarkan sebagai opsyen, katanya.
Garuda Energy adalah pemilik MOPU yang diberikan kontrak untuk menjalankan kerja-kerja di luar pantai Terengganu.
Zainol berkata ia merupakan pembelian yang baik bagi syarikat itu kerana ia membawa aset yang sudah pun menikmati aliran pendapatan yang teguh serta meningkatkan pendapatan sesaham kumpulan Perisai.
Beliau berkata pembelian beberapa syarikat tahun ini juga memberikan kepada Perisai beberapa aset yang menjanjikan pendapatan yang mampan bagi kumpulan itu dalam setahun hingga tiga tahun akan datang.
"Urusan pembelian Garuda Energy dijangka selesai menjelang akhir tahun," kata Zainol.
Mengenai prospek industri itu tahun depan, beliau berkata syarikat itu yakin tentang pertumbuhan masa depan terutamanya dengan projek-projek Program Transformasi Ekonomi yang dijangka mula dilaksanakan tahun depan termasuk pelaburan dalam medan-medan hasil rendah dan penemuan-penemuan minyak yang baharu.
No comments:
Post a Comment