Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyertai Majlis Memasak Bubur Asyura bersama-sama rakyat jelata
Pada majlis itu, Baginda turut berkenan menyampaikan bubur asyura kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Lebih 1,000 penduduk di kawasan Marang menyertai program kali ketiga anjuran Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama kumpulan Sultan Sulaiman 78 (SS78).
Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali, berkata sebanyak 80 kawah
“Kebanyakan kumpulan mula memasak dan mengacau bubur itu seawal jam 6.00 pagi sebagai tanda sokongan menjayakan program,” katanya ketika berucap di majlis itu.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah dan beberapa pemimpin setempat.
Menurutnya, A Rahman berkata program seumpama ini akan diteruskan kerana bukan saja mampu mendekatkan hubungan antara jabatan kerajaan bersama penduduk kampung malah dapat mewujudkan semangat maufakat antara peserta.
Teganukita
No comments:
Post a Comment