
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Supritendan Mohd. Rosli Mohd. Amir berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas salah sebuah telefon bimbit milik ahli keluarga mangsa yang dilarikan dalam kejadian itu mendapati ia kini berada di daerah tersebut.
Namun, katanya, polis percaya kesemua suspek berkenaan akan kembali semula ke negeri ini bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa di daerah itu.
Polis juga, tidak menolak kemungkinan kumpulan itu dianggotai lima individu yang mana seorang daripadanya bertindak sebagai pemandu kereta manakala empat yang lain memecah masuk rumah mangsa.
"Buat masa ini, kita masih mengesan identiti kesemua suspek itu dan akan terus memburu mereka," katany di Kuala Terengganu, semalam.
Utusan Malaysia semalam melaporkan 13 ahli keluarga seorang peraih kelapa sawit melalui detik-detik cemas apabila rumah mereka disamun empat perompak bertopeng kira-kira pukul 2.30 pagi.
No comments:
Post a Comment