Saturday, December 17, 2011

T-Team Puas Hati Dengan Prestasi Pemain Import

Pasukan kelab T- Team yakin kehadiran dua pemain import mampu menggalas cabaran untuk membawa pasukan itu lebih jauh dalam saingan Liga Super musim depan.

Jurulatih Yunus Alif berkata beliau berpuas hati dengan prestasi pemain penyerang Zacharia Simokonda dari Zambila dan pemain tengah kelahiran Bosnia, Bojan Petric dalam menyarung jersi pasukan kelab untuk musim depan.

"Saya yakin dua pemain import itu tidak mempunyai masalah untuk membawa pasukan T-Team pergi lebih jauh dalam kejohanan Liga Malaysia untuk musim depan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Dalam rangka memantapkan lagi pasukan, T-Team telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelab Felda FC, Kelab Sime Darby, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan.

Menurut Yunus selain menguji posisi sebenar, kedua-dua pemain import itu juga telah diuji di posisi-posisi yang lain bagi mengukur prestasi mereka sebelum menghadapi kejohanan sebenar.

Hasil daripada perlawanan persahabatan itu, Yunus mendapati Simokonda, yang pernah bermain untuk pasuka Perlis 2007-2008, sesuai digandingkan dengan bekas pemain Pahang Fadly Sa'ari di barisan serangan.

Bagaimanapun, dua pemain import itu perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pemain tempatan kerana keadaan cuaca dan persekitaran, katanya.

Yunus berkata pada keseluruhannya beliau telah mendapat rangka dan gambaran kesebelasan utama T-Team yang bakal membawa cabaran di kejohanan berprestij itu nanti.

Beliau juga berharap pemain akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat kesebelasan utama kerana persaingan antara pemain begitu.

No comments:

Post a Comment