Sunday, December 4, 2011

Terengganu Belanja RM1.1j Hadapi Gelombang Banjir

Terengganu membelanjakan kira-kira RM1.1 juta ketika menghadapi gelombang pertama banjir baru-baru ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri berkata, hampir 3,000 penduduk Terengganu terbabit dalam bencana banjir pusingan pertama itu.

Katanya, kerugian harta benda akibat banjir pusingan pertama itu sedang ditaksir jabatan berkaitan untuk dihantar kepada kerajaan negeri atau Majlis Keselamatan Negara untuk pampasan.

"Kini kerajaan negeri sudah menyediakan peruntukan secukupnya dalam menghadapi banjir pusingan kedua nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Rainforest Challenge International Terengganu 2011 (RFC) di Pulau Warisan di Kuala Terengganu, semalam.

Mazlan seterusnya berkata, beliau amat berpuashati dengan gerak kerja yang dijalankan oleh agensi agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan lain-lain dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment