Friday, December 30, 2011

Terengganu Sasar Tubuh Kopreasi Di Semua Masjid Dalam Tempoh Lima Tahun

Menerusi konsep 1Kampung 1Koperasi, kerajaan Terengganu menyasarkan untuk menubuhkan koperasi di semua 491 masjid di negeri itu dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Jawatankausa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata, dianggarkan 100 buah masjid di negeri itu akan menubuhkan koperasi masing-masing setiap tahun.

"Setiap masjid yang menubuhkan koperasi, kerajaan akan bagi geran sebagai bantuan sebanyak RM10,000. Dengan bantuan itu koperasi berkenaan bolehlah bergerak untuk buat bayaran pengurusan, beli peralatan, pejabat dan sebagainya.

"Malah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sendiri menyediakan pinjaman kepada koperasi sehingga RM10 juta untuk dijadikan modal jika ia ada projek yang hendak dijalankan," katanya pada bengkel penubuhan Koperasi Khairiah Masjid daerah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

Seramai 150 ahli jawatankausa masjid daerah itu terbabit dengan bengkel berkenaan.

Ahmad berkata kerajaan melihat masjid merupakan institusi yang berpotensi untuk mewujudkan koperasi bagi meningkatkan ekonomi di sesuatu kariah.

Katanya, dengan adanya koperasi di setiap masjid, ia boleh menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh kariah di kawasan berkenaan.

Ahmad menjelaskan, modal untuk menggerakkan koperasi datangnya dari sumbangan ahli.

"Kita tidak ambil duit masjid untuk dijadikan modal. Modal kita adalah sumbangan daripada ahli keperasi itu sendiri," katanya.

Bengkel yang diadakan itu merupakan yang terakhir daripada tujuh siri penerangan yang diadakan di seluruh negeri tahun ini yang bertujuan memberi penjelasan kepada ahli jawatankuasa masjid mengenai penubuhan koperasi.

No comments:

Post a Comment