Biarpun dibarisi dua bintang import di posisi serangan dan pertahanan dalam mengharungi kancah Liga M musim depan, jurulatih T-Team, Yunus Alif, mengakui skuad kendaliannya masih belum menampakkan bisa penggempur yang diketuai pemain Zambia, Zachariah Simukonda.
Yunus berkata, dengan hanya tinggal 20 hari saja lagi sebelum kancah liga bermula, beliau sukar mencorak formula ampuh memantapkan lagi pasukannya yang gagal mendakap sebarang trofi musim lalu.
“Saya akui T-Team kini berdepan dengan ketumpulan bahagian serangan kerana gandingan Zachariah dengan Mohd Fadzli Saari masih belum serasi.
“Hal ini sudah tentu merunsingkan saya tetapi saya percaya ia bakal berubah. Mereka memerlukan sedikit masa untuk membentuk gandingan mantap termasuk masalah komunikasi antara pemain tempatan dan import,” katanya yang sibuk menguruskan persiapan anaknya yang bakal melangsungkan perkahwinan di Kuantan, Sabtu ini.
Pada aksi pemanas badan dua minggu lalu, T-Team yang turut diperkuatkan pemain Bosnia Herzegovina, Bojan Petrit, 24, hanya mencatat satu kemenangan ke atas Sime Darby FC 3-2, seri 0-0 dengan Polis, tumpas kepada Felda United 1-2, Tentera 2-3 dan Kelantan 0-2.
Harian Metro
No comments:
Post a Comment