Saturday, January 14, 2012

1,200 Peserta NGO Dijangka Hadiri Konvensyen Di Terengganu Hari Ini

Lebih 1,200 peserta daripada 150 badan bukan kerajaan (NGO) di Terengganu akan menghadiri konvesyen bagi membincangkan isu-isu semasa hari ini, kata pengerusi konvensyen Datuk Abdul Rahman Bakar.

"Konvesyen seumpama ini yang merupakan pertama kali diadakan di negeri ini diadakan supaya anggota NGO memahami isu semasa yang sedang berlaku di sekitar mereka untuk ditangani," katanya.

Beliau berkata konvensyen anjuran Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu itu akan diikuti dengan forum khas bertajuk "BN dan NGO Juara Rakyat' yang ahli panelnya terdiri daripada wakil Umno, MIC dan MCA.

Abdul Rahman berkata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka turut membentangkan kertas kerja.

No comments:

Post a Comment