Tuesday, January 31, 2012

4000 Ekor Lembu Di Terengganu Akan Diberi Suntikan Permanian Beradas

Kira-kira 4,000 ekor lembu betina di Terengganu akan diberi suntikan permanian beradas tahun ini bagi menambah bilangan ternakan berkenaan, kata Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri, Dr Hamidah Helman.

Beliau berkata tahun lepas, kira-kira 3,600 ekor lembu telah disuntik.

Para penternak yang berminat untuk menyertai program itu boleh menghubungi JPV di daerah masing-masing, katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Jurusuntik Permanian Beradas 2010-2011 di Kuala Terengganu, semalam.

Bayaran yang dikenakan ialah RM20 untuk satu suntikan.

Dr Hamidah berkata populasi lembu di Terengganu telah meningkat kepada lebih 100,000 ekor sejak program itu diadakan sejak 10 tahun lalu.

Dalam masa yang sama, katanya JPV mahu mengembangkan tugas jurusuntik permanian beradas kepada golongan muda untuk menjadi pelapis pada masa depan.

No comments:

Post a Comment