Wednesday, January 25, 2012

45 Peneroka Felda Neram Satu Terima Insentif

Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada Ismail Mohamad (tiga dari kiri) bagi insentif tanam semula kelapa sawit di Felda Neram Satu, Kemaman, kelmarin.

Seramai 45 peneroka Felda Neram Satu menerima bayaran insentif tanam semula pokok sawit daripada kerajaan Pusat melalui Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), kelamrin.

Setiap seorang menerima kira-kira RM4,000 yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di penempatan mereka di Kemaman.

Wakil peneroka, Ismail Mohamad, 65, yang menerima replika cek bernilai RM181,248 pada majlis itu mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana nasib peneroka sentiasa mendapat pembelaan.

Baginya, kerajaan serius dalam membantu masyarakat peneroka dan tiada sebab untuk menggagalkan segala usaha tersebut.

Menurutnya, penerima kali ini merupakan kumpulan terakhir daripada lebih 400 peneroka yang terpilih untuk tanam semula.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya MPOB di atas pemberian skim bantuan RM1,000 bagi setiap hektar.

“Jadi setiap peneroka akan mendapat RM4,000 bagi menampung keperluan ketika program tanam semula ini,” kata Ismail.

Menurutnya, peneroka sepatutnya berterima kasih di atas insentif itu dan tidak seharusnya menggunakannya bagi tujuan lain yang boleh merugikan mereka sendiri.

Abdul Ghani Ismail, 66, pula berkata, pemberian itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu peneroka.

“Terima kasih kerana membantu kami menanam semula kelapa sawit ini dan insya-Allah dalam masa tiga tahun lagi, kami akan dapat menikmati hasilnya.

“Bantuan ini perlu dihargai kerana ia akan membolehkan peneroka menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment