Friday, January 20, 2012

Ahmad Said - Jangan Buat Spekulasi Calon PRU13

Datuk Seri Ahmad Said meminta pihak-pihak tertentu tidak membuat spekulasi berhubung siapa yang bakal dicalonkan atau digugurkan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu meminta pihak terbabit bertenang kerana tiada sebarang arahan daripada pucuk pimpinan parti supaya menyerahkan nama-nama calon Barisan Nasional kepada Presiden UMNO, Datuk Sri Mohd Najib Razak.

"Pelbagai cerita tersebar melalui khabar angin, kedai kopi, SMS (sistem pesanan ringkas) dan sebagainya berhubung calon-calon yang bertanding serta calon-calon yang digugurkan. Spekulasi itu bohong belaka.

"Buat masa ini saya minta semua pihak bertenang kerana ini akan mencetuskan persaingan tidak sihat. Saya baru saja bermesyuarat bersama Datuk Sri Najib (Presiden UMNO) dan isu calon langsung tidak disentuh," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pemukiman Kepimpinan UMNO Terengganu di Janda Baik, Pahang malam tadi.

Menurut Ahmad Said, perkara itu akan dipanjangkan kepada semua UMNO Bahagian secara bertulis apabila mendapat isyarat daripada Presiden parti berhubung penyenaraian cadangan calon PRU ke-13 kelak.

"Proses seperti biasa dimana UMNO Bahagian akan menyenaraikan cadangan calon masing-masing untuk dihantar kepada Perdana Menteri," jelasnya.

Teganukita

1 comment:

  1. Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036

    ReplyDelete