Friday, January 20, 2012

Lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke Terengganu 3 Februari

Datuk Sri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 3 Februari ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Menurutnya, Perdana Menteri akan bertemu rakyat di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili parti pembangkang di Batu Buruk, Ladang dan Rhu Rendang.

Setibanya di Kuala Terengganu katanya, Perdana Menteri ke Majlis Agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di DUN Batu Buruk sebelum Solat Jumaat dan menyertai jamuan rakyat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di DUN Ladang.

"Kemudian, beliau bertemu rakyat di DUN Rhu Rendang, Marang untuk majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pemukiman Kepimpinan UMNO Terengganu di Janda Baik, Pahang malam tadi.

Teganukita

1 comment:

  1. Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036

    ReplyDelete