Tuesday, January 31, 2012

Ahmad Said Lancar TSG 2012 Untuk Bertanding Pada LTdL 8 Feb

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan melancarkan pasukan baru Terengganu Cycling Team (TSG)bagi musim 2012 di Wisma Darul Iman, pada 8 Februari depan.

TSG yang akan beraksi tanpa kelibat pelumba basikal profesional Terengganu, Anuar Manan, yakin mampu meraih tempat terbaik dalam Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bakal bermula 24 Februari depan, mulai di Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Shapian Abu Bakar berkata, ketiadaan Anuar yang berhijrah ke pasukan Champion Sistem dari Hong Kong tahun ini, tidak menghalang TSG untuk mencipta keputusan lebih baik berbanding tahun lalu.

“Sasaran kita kali ini ialah lebih baik daripada tahun lepas. Tahun lepas TSG menduduki tangga kelapan keseluruhan daripada 23 pasukan yang bertanding dan di tangga kelima bagi kategori Asia,” katanya.

Menurutnya, setakat ini seramai 13 termasuk tiga pelumba import TSG rancak menjalani latihan intensif di bawah kendalian jurulatih import di Chanrai, Thailand, sejak 3 Januari hingga 6 Februari ini.

No comments:

Post a Comment