MOHD NOR HAMZAH BERBOHONG - "..kerajaan negeri Terengganu peruntukkan untuk pinjaman orang yang ingin melanjutkan pengajian, (pada) tahun 2011 sebanyak RM5 juta, tahun 2012 RM4 juta, (Untuk) 2 tahun RM9 juta sahaja untuk orang di negeri Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran."
Kesian dengan remaja kita, PAS mengajar berbohong dan membuat fitnah sedangkan sepatutnya mereka ini diajar perkara yang benar dan berfakta.
Apakah kita mahu remaja kita menjadi pembohong, menerima sahaja cakap dan tuduhan yang tidak benar dan kemudian menyebarkan fitnah itu di kalangan mereka?
Ketua Dewan Pemuda PAS ini sengaja memesongkan fakta dan sebagai ketua ‘orang muda’ beliau mengajar orang muda khususnya wanita untuk menjadi remaja yang hidup penuh dengan pembohongan dan apabila menjadi ibu mengajar berbohong pula kepada anak-anak.
Inikah cara PAS mengajar remaja kita di Terengganu?
Baca di sini apa yang diucapkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong, sewaktu merasmikan Kem Jati Diri Remaja dan Pemukiman DUN Kijal pada Jumaat 16 Disember, 2011.
“Negeri kita yang kaya ni, tuan-tuan yang duduk di Kemaman, mini zoo Kemaman itu, kerajaan peruntukkan RM24 juta pada tahun ni, tahun hadapan kerajaan tambah lagi perutukkan RM9 juta, jadi RM33 juta hanya untuk mini zoo di Kemaman , untuk bagi makan singa, bagi makan ular, untuk bagi makan rusa, bagi makan beruk RM33 juta. Tapi kerajaan negeri Terengganu peruntukkan untuk pinjaman orang yang ingin melanjutkan pengajian, (pada) tahun 2011 sebanyak RM5 juta, tahun 2012 RM4 juta, (Untuk) 2 tahun RM9 juta sahaja untuk orang di negeri Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran untuk dapat pinjaman daripada Yayasan (Terengganu). Yang lain mana? PTPTN belake?”
Baca pula apa yang diucapkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri Disember lalu:
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jathiyah ayat 20:“Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka mata hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).”
Kerajaan Negeri meletakkan keutamaan tertinggi kepada sektor pendidikan dan pembangunan modal insan dalam rancangan pembangunannya. Untuk tujuan ini sejumlah RM60.3 juta diperuntukkan dalam Bajet 2012 untuk pelbagai projek
dalam sektor ini.
“Kerajaan terus memberikan tumpuan bagi meningkatkan akses kepada pengajian pra universiti dan pengajian tinggi. Melalui Yayasan Terengganu, peruntukan tahunan yang besar disediakan bagi penajaan pelajar ke IPTA & IPTS dalam dan luar negara dan pusat latihan kemahiran serta bantuan persediaan bagi kemasukanke sekolah berasrama penuh, tingkatan enam dan IPT.
“Pada tahun ini, sehingga November seramai 3,723 pelajar telah mendapat kemudahan biasiswa/pinjaman melibatkan peruntukan RM54.10 juta. Seramai 22,489 orang lagi mendapat bantuan persediaan melibatkan perbelanjaan RM16.74 juta. Pada tahun ini, 98 orang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara termasuk 72 orang dalam bidang perubatan. Peruntukan penajaan dan bantuan sentiasa ditambah kerana kita ingin memastikan lebih ramai anak-anak Terengganu mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.”
Teganuku perturunkan semula apa yang disebut oleh Ketua Pemuda PAS: “…kerajaan negeri Terengganu peruntukkan untuk pinjaman orang yang ingin melanjutkan pengajian, (pada) tahun 2011 sebanyak RM5 juta, tahun 2012 RM4 juta, (Untuk) 2 tahun RM9 juta sahaja untuk orang di negeri Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran untuk dapat pinjaman daripada Yayasan (Terengganu)…”
Teganuku tidak mahu sebut yang lain, maksudnya bantuan pendidikan lain. Tetapi cukup rasanya dengan fakta ini.
PAS kata untuk dua tahun sebanyak RM9 juta sahaja tetapi untuk 2011 hingga November sahaja sebanyak RM54,10 juta untuk biasiswa dan pinjaman. Belum lagi tahun 2012.
Berapa banyak bezanya tu? Banyak tu…RM49.1 juta perbezaannya.
Selain itu Terengganu turut menghantar seramai 10 pelajar terbaiknya ke universiti terbaik dunia dengan belanja kira-kira RM15 juta setahun. Tidakkah ini melebihi RM9 juta untuk dua tahun yang Ketua Dewan Pemuda PAS berkenaan sebut?
Ternyata Ketua Dewan Pemuda PAS ini PEMBOHONG BESAR dan wajar meminta maaf kepada seluruh rakyat Terengganu kerana berbohong dan mengajar remaja berbohong dan membuat fitnah!
Tidak tahulah apakah matlamat pemimpin pemuda PAS ini berbohong dan apakah berbohong itu dibenarkan oleh PAS yang mendakwa ia sebuah parti Islam.
Esok Teganuku akan bercakap fasal singa dan beruk pula supaya kita rakyat Terengganu tidak diperbodoh dan diputarbelitkan fakta oleh PAS!
Teganuku
psst..pas sekarang dah jadi pbs (parti berkebajikan semalaysia); kalau ngaku paspun dah jadi makna parti adat dan sukan jer..
ReplyDelete