Friday, January 20, 2012

Anggota Bomba Antara Penerima Anugerah

Ketika api sedang marak dan seorang kanak-kanak kurang upaya masih terperangkap dalam rumah, dua orang anggota bomba nekad meredah masuk rumah itu untuk menyelamatkan mangsa.

Kejadian itu berlaku di Kampung Lak Lok, Jerteh pada 14 Disember lalu, namun dua anggota bomba tersebut, Badrulshah Yusof, 52, dan Azli Che Wil, 42, tetap berusaha menyelamatkan kanak-kanak itu meskipun tidak dilengkapi peralatan untuk meredah kebakaran.

"Waktu itu apa yang perlu saya lakukan, kanak-kanak itu mesti diselamatkan," kata Azli kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Walk In My Shoes 2012 di Hotel Permai di Kuala Terenganu, semalam.

Azli dan Badrulshah adalah antara lima yang menerima penghargaan daripada syarikat perniagaan kasut terkemuka Terengganu, Kedai Kasut You Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Pengarah Urusan, Gan Raymond.

1 comment:

  1. Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036

    ReplyDelete