Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa akan berlaku kekurangan bekalan minyak masak sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini.
Timbalan Pengarahnya, Ab. Ghani Harun berkata, ini kerana barangan kawalan itu masih mencukupi sehingga hujung bulan ini.
"Kita (PPDNKK negeri) telah menerima bekalan tambahan (untuk minyak masak) 10 peratus iaitu kira-kira 20 tan metrik yang ditawarkan oleh kerajaan untuk perayaan ini dan bekalan mencukupi serta harganya pula kekal sama iaitu RM2.50 (untuk minyak masak paket bersubsidi).
"Justeru, tidak timbul sama sekali masalah kekurangan barangan tersebut serta barang-barang lain terutamanya barang kawalan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012 di Pasa Raya Giant Kuala Terengganu semalam.
Skim itu akan berkuat kuasa mulai semalam sehingga 30 Januari ini dengan melibatkan 12 barangan kawalan antaranya ayam (hidup & standard), telur (tiga jenis), kubis bulat import, bawang putih (China), ikan bawal, udang besar dan dua jenis daging babi.
Bagaimanapun, daging babi di negeri ini hanya boleh diperoleh di perkampungan masyarakat Tionghua di kampung Cina dan juga di Wakaf Tapai.
Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036
ReplyDelete