Wednesday, January 4, 2012

Banjir di Terengganu, Johor Pulih

Banjir yang melanda Terengganu dan Johor pulih sepenuhnya apabila semua mangsa yang berada di pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di TERENGGANU, banjir kali ini menyebabkan lebih 800 penduduk di dua daerah iaitu Besut dan Setiu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, seramai 64 orang penduduk di Kampung Nyatoh, Setiu merupakan kumpulan terakhir yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Di JOHOR, dua pusat pemindahan di Segamat ditutup hari ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, semua 47 mangsa banjir membabitkan lapan keluarga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Pogoh 2 dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari tadi.

No comments:

Post a Comment