Wednesday, January 4, 2012

Masalah Lampu Limpah di SSINS Akan Diatasi Sebelum Piala AFC

Kerajaan Negeri Terengganu sedang mengambil langkah menyelesaikan masalah pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sebelum pertandingan bola sepak Piala AFC bermula Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat, berkata pihaknya sedang berunding dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi mengatasi masalah itu.

"Keadaan menara lampu agak tinggi sekarang ini mungkin tidak sesuai, sebab itu pencahayaan berkurangan," katanya di Kuala Terengganu, semalam

Katanya, untuk Piala AFC, pencahayaan lampu limpah di SSINS yang menjadi gelanggang pertandingan itu tidak mencapai tahap yang diperlukan iaitu lebih 1,200 lux.

Beliau berkata, untuk jangka panjang, SSINS yang sudah berusia 35 tahun perlu dibaik pulih secara menyeluruh.

Rozi berkata, satu daripada langkah kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu ialah membaiki Stadium Sultan Mizan di Gong Badak apabila bumbungnya runtuh Jun 2009.

No comments:

Post a Comment