Sunday, January 15, 2012

Bantuan Pakaian & Peralatan Sekolah - Akui Ada Kelemahan, Bukan Penyelewengan


Oleh Hambali Abdul Latiff
Bahagian Keempat - (Sambungan daripada "Laporan Audit 2010 -Bantuan Ringan Beban Kewangan Keluarga Miskin, Khamis lalu)

Walaupun program bantuan ini sudah dilaksanakan beberapa tahun, Kerajaan Negeri dan Menteri Besar mengakui ia adalah kelemahan yang perlu diatasi dari semasa ke semasa.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 mengakui ada beberapa kelemahan dalam pelaksanaan program tersebut, kerajaan negeri sedia memperkemas dan membaikinya.

Kelemahan itu termasuk seperti pengurusan perolehan kerajaan tidak teratur, pengagihan pakaian dan alatan sekolah tidak mengikut perancangan, kelewatan pengagihan bantuan kepada pelajar dan cara penyimpanan pakaian dan alatan sekolah yang kurang sesuai.

Berikutan itu bagi memastikan Program Bantuan Pakaian Dan Alatan Sekolah dijalankan dengan teratur, adalah disyorkan Pejabat SUK supaya mengambil langkah-langkah berikut:

• Mematuhi sepenuhnya peraturan perolehan kerajaan supaya Kerajaan Negeri mendapat value for money daripada perbelanjaan tersebut;

• Memeterai perjanjian dengan pihak pembekal bagi memastikan kepentinganKerajaan Negeri terjamin;


• Membuat perancangan perolehan dan pengagihan lebih awal supaya pengagihan bantuan dapat dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula;


• Mematuhi Tatacara Pengurusan Stor terutamanya proses penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran bagi memastikan pakaian dan alatan sekolah yang diterima mematuhi spesifikasi dan disimpan di tempat yang sesuai serta selamat.

Berikutan cadangan ini, Pejabat SUK menjamin semua cadangan dilaksanakan sewajarnya.

Namun kepada saya, cadangan itu tidak bererti atau bermakna lagi kerana bantuan pakaian dan peralatan sekolah kini diberikan secara tunai dan kalau pun ada di masa hadapan, pihak SUK sudah ada pengalaman mengenainya.

Individu tertentu di Pejabat SUK dan Kewangan Negeri ditanya mengenai perkara ini menjelaskan, bagi bekalan pakaian dan peralatan seperti ini, ia tidak memerlukan satu kontrak seperti projek fizikal umpamanya pembinaan dan cukup sekadar Pesanan Tempatan atau LO.

Ini kerana LO ialah ‘perjanjian sah dan nyata’ dan bekalan sekali seperti pakaian dan peralatan sekolah ini tidak memerlukan bon pelaksanaan dan cukup sekadar LO.

Kerana itu, sebarang tuduhan wujudnya penyelewengan dan salah urus tidak benar dan tuduhan fitnah yang berat terhadap kerajaan.

Berikutan itu kerajaan negeri meminta Penasihat Undang-Undang untuk mengkaji tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap tuduhan seperti yang disiarkan dalam salah sebuah akhbar pembangkang.

Dan hasilnya, Syed Azman disaman dan mungkin reaksi kepada saman itu, Syed Azman membuat pula aduan kepada SPRM baru ini.

Bersambung esok…

No comments:

Post a Comment