Ingauan ketakutan terhadap pukulan ombak besar setiap kali musim tengkujuh yang dialami penduduk di Penempatan Projek Rumah Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut sejak sepuluh tahun lalu dijangka berakhir apabila Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan kediaman baru kepada mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, ketiga mengumumkan perkara itu berkata 50 unit rumah untuk mangsa ombak dan air pasang besar di kampung itu akan dibina serta merta sebaik semua proses mendapatkan tanah di Kampung Bangsal Lembu selesai.
Katanya, pembinaan rumah bersatus flet setinggi empat tingkat itu diharap dapat menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi penduduk di penempatan PPRT yang terletak di tepi pantai Kuala Besut.
Menurutnya,kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap masalah perumahan bukan sahaja mangsa bencana ombak dan air pasang di Kuala Besut, malah perhatian juga diberikan di kawasan lain termasuk bandar dan pekan.
Beliau berkata, sehingga ini kerajaan sudah membina 6,757 unit rumah membabitkan kos RM7 juta untuk kemudahan golongan miskin di seluruh negeri ini.
“Jika Barisan Nasional BN terus kekal berkuasa di Terengganu kerajaan merancang untuk membina 10,000 unit lagi yang akan diagihkan kepada rakyat negeri ini,” katanya ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa ombak besar di Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut pagi tadi.
Hadis sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri,Dr A Rahman Mokhtar yang juga ADUN Kuala Besut, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama Perdana Menteri, ADUN Hulu Besut,Nawi Mohamad,ADUN Jabi Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.
Seramai 48 mangsa ombak besar pada November tahun lalu menerima bantuan RM500 sekeluarga sumbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Teganukita
No comments:
Post a Comment