“Kalau tidak kerana keprihatinan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk’ Seri Ahmad Said sekarang ini, mustahil kami kepunan untuk memiliki geran hak milik tanah sendiri yang sah,”
“Kami merasa lega setelah penantian selama tiga tahun akhirnya `berbuah’ juga. Terimakasih Datuk Seri...terimakasih kerajaan negeri,” kata Kwek Bee Lian, 59, yang begitu teruja apabila memperolehi geran tanah yang disampaikan oleh pemimpin yang prihatin dan sentiasa membela rakyat.
Majlis menyerahan geran hak milik tanah kepada seramai 600 orang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, pagi kelmarin (22 Jan 2012).
Menurut Kwek Bee Lian, kalau tidak kerana kerajaan hari ini yang sentiasa membela rakyat, beliau mungkin `bermimpi’ sepanjang masa untuk memiliki tanah 500 persegi. Tetapi hari ini, beliau amat gembira selepas tiga tahun menanti, akhirnya termakbul juga impiannya.
Kegembiraan itu dikongsi Kembang Daud, 78, yang cukup terharu apabila kerajaan telah mengotakan janji mereka untuk memberi tanah lain kepadanya bagi menggantikan tanahnya di tapak Casa Limbong Kemaman diambil untuk dijadikan pusat membeli-belah.
Manakala Ibrahim Komee, 67 yang tinggal keseorangan di rumah dan hanya bergantung kepada bantuan kerajaan sebanyak RM200 sebulan amat berharap diusia tuanya beliau dapat menetap ditanah sendiri. Dan Alhamdulillah hasratnya itu termakbul pada pagi ini setelah 4 tahun memohon.
Sementara itu, Ahmad Said berkata, warga Kemaman seharusnya bersyukur kerana penantian selama ini untuk memiliki geran tanah sendiri bukanlah satu penantian yang sia-sia.
Hal ini terbukti apabila pihak kerajaan telah mengotakan janji mereka dengan memberi geran hak milik tanah kepada rakyat setelah melalui beberapa proses.
“Sehubungan itu, rakyat perlu menghargai setiap ekar tanah yang dimiliki dan tidak semudahnya menjual atau menukar hak milik kepada orang lain,” katanya.
Beliau juga menyeru orang ramai yang menerima geran hak milik tanah supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan membayar cukai tanah setiap tahun.
Tambah beliau lagi, cukai tanah di negeri Terengganu merupakan cukai yang terendah iaitu serendah RM2 untuk setahun. Malah kakitangan kerajaan juga beruntung apabila berhak memohon tanah lot perumahan atau lot pertanian setelah lama berkhidmat.
Turut hadir di majlis penyerahan itu isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Tan Sri Haji Wan Mokhtar; Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; Adun Kemasik Ir Rosli Othman dan Ketua Wanita UMNO Kemaman, Senator Rohani Abdullah.
Teganukita
No comments:
Post a Comment