Wednesday, January 25, 2012

KDN Sasar 100,000 Penguasa Sertai Rondaan Cegah Jenayah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mensasarkan untuk mendapat penyertaan 100,000 anggota penguatkuasa daripada agensi-agensi di bawahnya dan sukarelawan untuk terlibat dalam rondaan bersama di seluruh negara bagi mengurangkan kadar peratusan jenayah, menjelang Mac depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini seramai 20,000 sukarelawan terdiri daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) terlibat dalam rondaan bersama itu.

"KDN yakin dapat mencapai sasaran 100,000 anggota dalam tempoh tiga bulan untuk bertugas di dalam rondaan bersama seperti yang telah disarankan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan," katanya di Sepang semalam.

Mahmood berkata rondaan bersama itu adalah strategi kali keempat bagi "pendekatan strategi lautan biru" yang mana melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi-agensi di dalam KDN dan pasukan sukarelawan.

Beliau berkata seramai 40,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam rondaan bersama untuk strategi keempat " pendekatan strategi lautan biru" ini.

Mahmood berkata KDN juga sedang menimbangkan permohonan Kastam Diraja Malaysia, yang dibuat dua minggu lepas, bagi menyertai rondaan bersama itu.

No comments:

Post a Comment