Saya Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN Batu Buruk pada tengahari ini telah ke pejabat SPRM dan bertemu dengan Hj.Yusuf bin Mohd Zin dan pegawai –pegawai di SPRM.
Dan pada tengahari ini telah buat laporan rasmi kepada Pesuruhanjaya Rasuah Malaysia terhadap MB Terengganu dan pihak-pihak terbabit .
Jadi, dalam laporan ini, saya telah bertemu dengan SPRM mengemukakan perincian tentang progam Bantuan Alatan dan Pakaian Sekolah. Yang telah dikemukakan di parlimen oleh Ketua Audit Negara, pada November tahun lepas.
Dan telah saya telah memukan di Dewan Undangan negeri Terengganu sebagai isu tergempar pada 5 Disember baru-baru ini yang mana saya telah memukakan terhadap SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap laporan rasmi yang di keluarkan oleh puhak SPRM ini.
Kita mengharapkan supaya SPRM nanti dapat mengambil tindakan segera untuk menjalankan siasatan rapi berkenaan berpandukan kepada laporan terperinci yang telah dikemukan oleh ketua audit Negara di parlimen pada November yang lepas. Lampirannya kita akan bagi semua press untuk perincian. Kita telah mengambil langkah selain melaporkan, kita juga membuat statement supaya dijalankan siasatan segera.
Pengarah SPRM Terengganu meminta untuk kita membuat laporan formallah. Sebab itu mengambil masa yang lama. Lebih kurang 1 jam.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, kita mengharapkan pihak SPRM membuat siasatan segera, berpandukan laporanyang saya buat tengahari ini. Semoga tindakan diambil lepada semua pihak yang terbabit .
Setakat ini kita serahkan kepada mahkamah apa yang dibuat, apa yang kita laksanakan ini adalah sebagai melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab saya sebagai ADUN Batu Burok dan negeri Terengganu ini supaya rakyat Terengganu ini mendapat pembelaan terhadap apa jua bentuk laporan-laporan yang dikemukan oleh pihak SPRM sekali
Yang kita maklum di sidang ini adalah maklumat umum sahaja, sebab maklumat detail yang kita bagi SPRM ini kita tak boleh dedahlah. Dia akan buat siasatan lanjut di bawah syeksen 13b(Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia). Kita tak boleh edarkan secara detail, apa yang dimaklum ini adalah maklum umum sahaja berdasarkan laporan Audit Negara.
Segala detail itu, kita dah serahkan.
No comments:
Post a Comment