Saturday, January 7, 2012

TDM Peruntuk RM300j Ladang di Terengganu, Kalimantan

TDM Bhd akan membelanjakan modal sehingga RM300 juta tahun ini bagi membangunkan ladangnya di Terengganu serta Kalimantan, Indonesia.

Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik, berkata 2012 adalah tahun yang mencabar bagi kumpulan dengan hanya memiliki 32,000 hektar tanah ladang sawit di Terengganu.
Katanya, untuk menjadi pemain utama dalam bidang perladangan sawit, ia memerlukan sehingga 100,000 hektar.

Untuk itu, katanya, TDM telah membeli 40,000 hektar tanah di Kalimantan untuk ditanam sawit, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ladang dimilikinya meningkat kepada 70,000 hektar.

“Jumlah itu masih belum berupaya menjadikan kumpulan sebagai peserta industri sawit yang hebat.

“Oleh itu kita akan menyediakan peruntukan RM300 juta bagi pembangunan kumpulan pada tahun ini,” katanya selepas majlis penyampaian tauliah Kod Amalan Pertanian Yang Baik bagi Estet Kelapa Sawit dan Pekebun Kecil daripada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) kepada Pengerusi TDM Plantation Sdn Bhd, Datuk Mohd Jidin Shafee di Kuala Terengganu, kelmarin.

Hadir sama ialah Ketua Eksekutif TDM, Badrul Hisham Mahari dan Ketua Eksekutif TDM Plantation, Abdul Halim Yusoff.

Roslan berkata, TDM juga memberi tumpuan dalam satu lagi bidang berpotensi iaitu kesihatan.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment