Wednesday, January 4, 2012

Malaysiakini Mohon Maaf Fitnah Taib Mahmud

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman terhadap portal berita Malaysiakini berhubung artikel fitnah selepas portal itu memohon maaf secara terbuka dalam mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop yang mendengar kes itu, merakamkan kenyataan yang dibacakan oleh peguam kedua belah pihak.

Beliau juga tidak mengeluarkan perintah termasuk kos kerana kedua-dua pihak bersetuju tiada perintah berhubung kos perundangan.

Pada 2007, Abdul Taib memfailkan saman menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom dan ketua editor portal Gan Diong Keng yang juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan selepas portal berita itu memuatkan siri 12 artikel antara 6 April dan 3 Mei, 2007 yang didakwanya mengandungi perkataan fitnah mengenai beliau.

Peguam bela Fahri Azzat yang membacakan kenyataan itu berkata, artikel-artikel itu yang diterbitkan oleh defendan semata-mata berdasarkan laporan berita beberapa media Jepun yang diterbitkan pada masa itu tanpa mengesahkan kebenaran laporan-laporan berita dengan pihak berkuasa yang lain atau plaintif sendiri.

No comments:

Post a Comment