Monday, January 9, 2012

MCA Bahagian K.uala Terengganu Anjur Pertandingan Hiasan Sempena Tahun Baru Cina

Pertandingan hiasan dan keceriaan rumah kedai bertemakan 'Naga Bertuah Menyambut Musim Bunga' menjadi antara aktiviti yang diatur sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat Terengganu yang akan diadakan dari 13 hingga 21 Jan ini bertempat di Kampg Cina, Kuala Terengganu.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Datuk Toh Chin Yaw berkata pertandingan itu bertujuan memaparkan kreativiti komuniti dan mempromosikan keunikan arkitek bangunan di Kampung Cina, tradisi, kebudayaan dan suasana perayaan.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, program anjuran MCA Bahagian Kuala Terengganu itu diadakan dengan kerjasama Koperasi Kampung Cina.

"Tahun lalu, kita menerima lebih 40 penyertaan daripada pelbagai kategori termasuk penyertaan kaum lain dan pada tahun ini jumlah penyertaan dijangka meningkat," katanya.

Toh berkata johan pertandingan akan membawa pulang RM3,888, naib johan RM2,888 dan tempat ketiga RM1,888. Turut disediakan 10 hadiah sagu hati dan imbuhan kepada tujuh penyertaan terbaik.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Jan ini.

No comments:

Post a Comment