MTD Prime Sdn Bhd, syarikat konsesi bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur semalam mengeluarkan nasihat masa perjalanan bagi memastikan aliran trafik lancar pada cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.
MTD dalam kenyataan semalam menasihatkan mereka yang dari Kuala Lumpur dan Selangor yang memasuki plaza tol Gombak pada Sabtu dan Ahad untuk memulakan perjalanan antara pukul 10 pagi hingga 1 petang atau 8 malam hingga 12 tengah malam untuk destinasi ke Pahang.
Mereka yang ingin ke Terengganu dan Kelantan, dinasihat memulakan perjalanan antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi atau 1 petang hingga 8 malam, kata kenyataan itu.
Bagi perjalanan menghala ke Kuala Lumpur dan Selangor pada 24 Jan pula, penguna dari Pahang dan Terengganu dinasihat memulakan perjalanan antara pukul 6 pagi hingga 10 pagi atau 4 petang hingga 10 malam.
Mereka yang dari Kelantan melalui plaza tol bentong dinasihat memulakan perjalanan antara pukul 11 pagi hingga 3 petang atau 8 malam hingga 12 tengah.
Kenyataan itu berkata nasihat masa perjalanan itu adalah untuk mencorakkan aliran trafik dan bagi membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka lebih awal untuk mengelak kesesakan teruk pada masa puncak.
No comments:
Post a Comment